Monday, 8 December 2014

I'JAZ AL-QURAN (Bahagian 2)




    Kadar Kemukjizatan Al-Quran    

Golongan Mu’tazilah berpendapat bahawa kemukjizatan itu berkaitan dengan keseluruhan al-Quran, bukan dengan sebahagiannya, atau dengan setiap surahnya secara lengkap. Sebahagian ulama berpendapat, sebahagian kecil atau besar dari al-Quran, tanpa satu surah lengkap juga merupakan mukjizat. Contohnya dalam surah at-tur:34:

فَلْيَأْتُواْ بِحَدِيثٍ مِّثْلِهِ
“Maka cubalah mereka membuat yang semisal dengannya (Al-Quran).”
Ulama lain berpendapat, kemukjizatan itu cukup hanya dengan satu surah lengkap walaupun pendek, atau dengan satu surah, baik satu ayat atau beberapa ayat.


    Aspek-aspek Kemukjizatan Al-Quran    

Menurut Syeikh manna’ul Qattan dalam kitabnya “Mabahith fi Ulumil Quran” ianya terbahagi kepada tiga bidang:

a)     Kemukjizatan Bahasa dan Susunannya (I’jaz Lughowi)
b)     Kemukjizatan Ilmiah (Ijaz Ilmi)
c)      Kemukjizatan penetapan hukum (I’jaz Tasyri’)


a) Kemukjizatan Bahasa dan Susunannya (I’jaz Lughowi)

Kemukjizatan  bahasa al-Quran terdapat pada keteraturan bunyinya yang indah melalui nada huruf-hurufnya  ketika kita mendengar harakat dan sukunnya, mad dan ghunnahnya, fashilah dan maqtanya, sehingga telinga kita tidak pernah bosan , bahkan ingin senantiasa terus mendengarnya.

Kemukjizatan itu juga dapat kita temukan dalam lafaz-lafaznya yang memenuhi hak setiap makna pada tempatnya. Tiada satupun diantara  lafaz-lafaz itu yang dikatakan sebagai kelebihan. Juga tak ada seorang peneliti terhadap suatu tempat (dalam al-Quran) yang menyatakan bahwa pada tempat itu perlu ditambahkan sesuatu lafaz karena ada kekurangan.

Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa Arab pada saat turunnya al-Quran, mereka telah mencapai pencapaian yang belum pernah dicapai oleh satu bangsa pun yang ada di dunia ini, baik sebelum dan sesudah mereka dalam bidang kefasihan bahasa (balaghah).

Oleh kerana Bangsa Arab telah mencapai peringkat yang begitu jauh dalam bidang bahasa dan sastera, sebab itulah al-Quran menentang mereka. Pdahal mereka mempunyai taraf bahasa yang tidak biasa dicapai oleh bangsa lain seperti kaedah bersyair atau prosa. Walaupun begitu, mereka tetap tidak berupaya untuk bersaingan dengan al-Quran itu sendiri.

Menurut penulisan blog oleh Br Muhsoni dalam ilmu ijaz fi Quran mengatakan, al-Quran memiliki uslub yang begitu menakjubkan berbeza dengan uslub/susunan ucapan manusia, antara keistimewaan itu adalah:
  • Kelembutan Al-Quran secara lafziah  yang terdapat dalam susunan suara dan   keindahan bahasanya.
  • Keserasian Al-Quran baik untuk awam maupun kaum cendekiawan dalam kata bahwa semua orang dapat merasakan keagungan dan keindahan  al-Quran.
  • Sesuai dengan akal dan perasaan, dimana al-Quran memberikan doktrin  pada akal dan hati, serta merangkum kebenaran dan keindahan sekaligus.
  • Keindahan sajian Al-Quran serta susunan bahasanya, seolah-olah merupakan suatu bingkai yang dapat memukau akal dan memusatkan tanggapan serta perhatian.
  • Keindahannya dalam bentuk ucapan atau kalimat serta beraneka ragam dalam bentuknya, dalam erti bahwa satu makna diungkapkan dalam beberapa lafaz dan susunan yang bermacam-macam, yang semuanya indah dan halus.
  • Al-Quran mencakupi dan memenuhi persyaratan antara bentuk global dan bentuk yang terperinci (bayan).


b) Kemukjizatan Ilmiah (Ijaz Ilmi)

Pemaknaan kemukjizatan al-Quran dalam segi ilmiah adalah antaranya:
  • Dorongan serta stimulasi al-Quran kepada manusia untuk selalu berfikir atas dirinya sendiri dan alam semesta. Surah ar rum:8
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِم مَّا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ 
“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya banyak di antara manusia benar-benar mengingkari pertemuan dengan tuhannya.”

  • Gesaan terhadap umat manusia untuk berfikir tentang makhluk ciptaan Allah yang di langit dan di bumi. Surah al-imran:190-191
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِالَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِرَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّار 
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Allah, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka.”

Al-Quran berikan kebebasan pada aspek pemikiran ilmu pengetahuan sebagaimana ianya tidak ditemukan dalam kitab-kitab agama lain.Al-Quran dalam mengekemukan dalil-dalil serta penjelasan ayat-ayat ilmiah yang sebahagiannya baru terungkap pada zaman atom dan penakhlukan angkasa luar. Antaranya adalah:

                    I. Isyarat tentang elemen air
Firman Allah taala dalam al-Quran surah al-Anbiyaa : 30
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak beriman.”

                  II. Isyarat tentang fungsi angin

Firman Allah taala dalam kitabnya, surah al-Hijr : 22

وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ 
“Dan Kami telah meniupkan angina untuk mengawinkan dan kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan (air) itu, dan bukanlah kamu yang menyimpannya.”

               III. Isyarat tentang jari manusia

Firman Allah dalam al-Quran karim, surah al-Qiyamah : 4

بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ 
“Bahkan Kami mampu menyusunkan (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.”


c) Kemukjizatan penetapan hukum (I’jaz Tasyri’)

Al-Quran merupakan wahyu Allah yang terkandungnya syariat yang ideal dan sesuai bagi umat manusia, undang-undang yang paling lurus bagikehidupan manusia.Meskipun memang terdapat sebahagian aturan yang ditetapkan dalam al-Quran secara kasar memperlihatkan ketidakadilan, kejam dan sebagainya, namun sesungguhnya di sebaliknya terdapat kesempurnaan hokum yang tidak terhingga.

Di antara hukum penepatan dalam al-Quran yang berhikmah adalah:

  • Hukum hudud bagi pelaku zina, kecurian dan sebagainya. Firman Allah surah an-nur:2
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ  
“Penzina perempuan dan penzina laki-laki, deralah masing-masing seratus kali…”

  • Hukum qisas bagi pembunuhan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah:179.
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
“Dan dalam qisas itu ada (jaminan) kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang berakal, agar kamu bertakwa.”