- Merangkan asas dakwah iaitu mentauhidkan Allah, dan menjelaskan asas syari'ah yang dibawa oleh para nabi.
- Menetapkan hati Rasulullah SAW dan umatnya dalam agama Allah.
- Membenarkan kisah nabi-nabi terdahulu.
- Membuktikan kebenaran dakwah Nabi Muhammad SAW melalui perkhabaran tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi berkurun sebelumnya.
- Sebagai iktibar kepada mereka yang mendengar dan berfikir.
Di dalam Al-Quran terkandung pelbagai kisah di dalam surah-surah yang berlainan. Terdapat kisah yang disebut dan diceritakan beberapa kali di dalam ayat dan surah yang berbeza. Antara hikmahnya adalah :
- Menunjukkan kehebatan ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai struktur bahasa yang tinggi.
Membuktikan kisah yang diceritakan yang harus diambil iktibar daripadanya. kepentingan
Al-Quran menceritakan kisah secara ringkas yang memberi pengajaran kepada sesiapa yang membacanya. Misalnya, kisah ashabul kahfi di dalam Surah Al-Kahfi, hanya diceritakan tentang perihal aqidah mereka. Tidak pula diceritakan tentang nama-nama mereka atau bilangan tepat ashabul kahfi, kerana perkara ini tidak memberi apa-apa faedah kepada pembaca.
Rujukan
مناع القطان، مباحث في علوم القرآن
مناع القطان، مباحث في علوم القرآن