1. Surah Al-Asr .
Allah bersumpah dengan Al-Asr:
Allah bersumpah dengan Al-Asr:

Al-'asr dari segi bahasa membawa erti masa yang hampir ke
penghujungnya. Solat 'Asar misalnya, ditunaikan pada waktu yang hampir ke
penghujung hari. 'Asar juga ialah waktu di mana para pedagang dan pengembara
akan bergegas pulang mencari tempat untuk berlindung kerana ia adalah waktu
yang berbahaya.
Apabila Allah bersumpah dengan Al-'asr, ini membawa beberapa
pengertian:
ii. Manusia
sentiasa di dalam kerugian. Disebabkan masa sentiasa berjalan dan tidak mungkin
kembali, manusia sentiasa kerugian, kecuali orang-orang yang mempunyai
ciri-ciri yang disebutkan dalam ayat seterusnya.
iii. Zaman
dan perubahan tamadun yang menyaksikan jatuh bangun bangsa manusia.
iv. Objek
yang digunakan di dalam lafaz sumpah juga bertindak sebagai saksi terhadap
subjek yang disampaikan. Ini bermaksud, Allah menjadikan Al-'asr sebagai saksi
bahawa ramai manusia berada dalam kerugian.
Terdapat
beberapa tempat lain yang Allah bersumpah menggunakan masa, seperti waktu
subuh, waktu dhuha, waktu tengahari, tetapi 'Asar ialah waktu yang dikaitkan
dengan keadaan yang mencemaskan. (state of urgency)
2. Surah
Al-Qalam:
Allah bersumpah dengan Al-Qalam (pena).
Allah bersumpah dengan Al-Qalam (pena).

Penggunaan pena sebagai objek dalam lafaz sumpah ini adalah
bertepatan dengan tema surah Al-Qalam itu sendiri. Penggunaan Al-Qalam di dalam
sumpah ini, menunjukkan Allah memberi pengukuhan kepada:
i.
apa
yang ditulis oleh malaikat
ii.
bukti
kepada ayat 2-4 dalam surah
Ulamak
mempunya pandangan yang berbeza-beza mengenai apa yang dimaksudkan dengan pena
di dalam ayat ini.
i. Ibn
Abbas berpendapat bahawa pena yang dimaksudkan ialah pena yang menulis tentang
takdir dan ketentuan Ilahi. Ini berdasarkan hadis:
ii. Pendapat
yang lain mengatakan bahawa pena yang dimaksudkan tidak spesifik, tetapi
merupakan pena yang digunakan oleh malaikat untuk mencatat setiap amalan
manusia dan jin.
iii. Kebanyakan
mufassirun berpandangan bahawa pena yang dimaksudkan ialah pena yang
digunakan oleh manusia untuk menulis. Pena adalah sesuatu yang sangat
berkuasa, kerana manusia boleh menulis idea, sejarah, teori, perancangan
untuk masa hadapan dan sebagainya. Jadi, yang dimaksudkan dalam ayat seterusnya
" وما يسطرون" ialah sejarah yang manusia tulis.
Al-Qur'an
ialah kalam Allah yang penuh mukjizat . Ilmu yang terkandung di dalamnya sangat
luas dan tidak akan habis dikaji oleh insan. Ilmu tentang Aqsam fil-Quran juga
adalah sebahagian dari lautan ilmu ini. Semoga dengan sedikit perkongsian ini,
dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan diri penulis sendiri. Andai ada
kekurangan di mana-mana, mohon tinggalkan komen untuk penambahbaikan.
Nouman
Ali Khan: www.bayyinah.com