Dr. Anis
Shorros, seorang pendakwah Kristian yang terkenal telah membuat dakwaan akan
kelemahan Allah apabila mengambil sumpah menggunakan makhluk yang diciptakanNya
sendiri. Dalam satu debat yang berlangsung di Glasgow, beliau memetik bahawa,
di dalam Kitab Injil, apabila Tuhan bersumpah, Tuhan bersumpah dengan diriNya,
kerana tidak ada yang lebih agung melainkan Tuhan. Akan tetapi, di dalam
Al-Qur'an, terdapat 24 tempat di mana Allah bersumpah melalui makhluk yang
lebih rendah dariNya, seperti matahari, buah tin, pena dan sebagainya. Tidakkah
kita menghampiri polyteisme apabila kita mengikut Tuhan yang mengambil sumpah
dari objek yang lebih lemah daripadaNya?1
Imam Syabir
Ally menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa "Di dalam
Al-Quran, apabila Allah mengambil sumpah dengan objek yang lebih lemah
daripadaNya, tidak bermaksud bahawa Islam kembali kepada polytheisme. Akan
tetapi, Allah membuat PENEGASAN menggunakan gaya bahasa yang biasa digunakan
oleh orang Arab. Dalam budaya Arab, mereka bersumpah dengan perkara yang lebih
agung, akan tetapi, Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung, berhak mengambil sumpah
dengan apa-apa sahaja objek ciptaanNya."
Terdapat beberapa pendapat ulamak dalam hal ini. 2
1. Ada ulamak tafsir berpendapat bahawa, di sebalik setiap sumpah yang dibuat menggunakan makhluk seperti matahari, bulan, buah tin dan sebagainya, terdapat perkataan 'Rabb' yang telah dimansuhkan (hazaf). Hal ini adalah biasa di dalam Al-Quran, dan bukanlah kelemahan Al-Qur'an, bahkan menunjukkan mukjizat Al-Qur'an yang mampu menyampaikan mesej dengan ringkas dan padat.
2. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tujuan Allah mengambil sumpah menggunakan makhluk ciptaanNya adalah bagi menarik perhatian manusia supaya berfikir, "Sedangkan makhluk lain yang lebih besar penciptaannya juga bersujud dan tunduk kepada Allah, lalu apakah yang menghalang manusia dari menyembah Allah?
3. Pendapat lain menyebut bahawa ini adalah bukti keagungan Allah. Jika penciptaan sesuatu itu dilihat besar dan agung, apatah lagi Sang Pencipta yang melakukan penciptaan tersebut? Dengan kata lain, apabila Allah bersumpah menggunakan makhlukNya, ia juga bermaksud Allah bersumpah dengan keagungan dan kebesaranNya.
Secara umunya, sumpah ataupun Al-qasm boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu:
i. Zahir ( ظاهر )
Apa yang terdapat padanya fi'il Qasm (فعل القسم) atau Al-muqsam bih المقسم به) )dengan jelas.
![]() |
(Surah Al-Qiamah) |
ii. Mudhmir ( (مضمر
Apa yang tidak terdapat padanya fi'il Qasm (فعل القسم) atau Al-muqsam bih المقسم به) ) tetapi ditunjukkan oleh lam taukid yang disertakan dengan jawabul qasam ( جواب القسم )
![]() |
(Surah Al-Imran: 182) |
1. https://www.youtube.com/watch?v=GH0MaunPGn4
2. http://darulfiqh.com/why-does-allah-take-oaths-on-the-sun-moon-time-and-other-entities-of-life-by-maulana-faraz-ibn-adam/
3. Mabahis fi Ulumil-Quran, Manna' Qattan, m/s 287