Menurut
bahasa, Ijaz dari akar kata a’jaza-yu’jizu-I’jazan bermaksud melemahkan atau
ketidakupayaan. Menurut
istilah :
- Menampakkan kebenaran nabi dalan pengakuannya sebagai rasul dengan menampakkan kelemahan orang arab dalam penentangan mereka terhadap mukjizatnya yang abadi iaitu al-Quran karim, dan kelemahan generasi-generasi sesudah mereka.
- Perbuatan seseorang dalam menjalankan fungsi ilahiyyah dengan cara melanggar kebiasaan hukum alam dan membuatkan orang lain tidak mampu untuk melakukannya dengan bersaksi dengan pengakuannya.
Mukjizat: Perkara luar biasa yang menyalahi keupayaan manusia dan sejahtera daripada
saingan.
Dalam satu blog
MENGAJAR oleh Br Anwar Syarifuddin mengatakan bahawa salah satu tanda yang membuktikan
kemukjizatan al-Quran adalah ketidakmampuan kaum Quraisy menandingi tantangan
al-Quran.Dari tantangan yang paling berat untuk mendatangkan yang semisal
dengan al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Isra’:88:
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا“katakanlah sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain”
Kemudian dikurangi
Bahkan yang
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍۢ مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
“Apakah pantas mereka mengatakan dia(Muhammad) yang telah membuat-buatnya? Katakanlah, ‘buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah (al-Quran), dan ajalkah siap sahaja antara kamu orang yang mampu (membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar’.”
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
“Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.”
Kesemua
tantangan tersebut tidak dapat dipenuhi, bukan saja oleh kaum Quraisy yang
terkenal dengan kemahiran membuat syair-syair jahiliah, bahkan oleh manusia dan
jin sekiranya mereka bekerjasama satu sama lain. Di sini, nampak bahawa
kemukjizatan al-Quran ditunjukkan dengan ketidakmampuan seluruh elemen alam
semesta menandingi kebagusan bahasa al-Quran, keutamaan isinya baik dalam ilmu
yang dikandung maupun syariat yang dibawakan dalam memelihara hak-hak manusia.